Selasa, 28 Maret 2017

Penjelasan Tentang Apa Yang Sering Disalahfahami Oleh Masyarakat Tentang Bulan Rajab

Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin رحمه الله berkata:

كل الأ‌حاديث الواردة في فضل الصلا‌ة في رجب أو في فضل الصيام في رجب كلها أحاديث ضعيفة جداً

Hadits-hadits yang menyebutkan tentang keutamaan solat pada bulan Rajab atau keutamaan puasa pada bulan Rajab, semuanya lemah sekali.

بل قد قال بعض العلماء إنها موضوعةٌ ومكذوبةٌ على النبي صلى الله عليه وسلم فلا‌ يحل لأ‌حد أن يعتمد على هذه الأ‌حاديث.

Bahkan, sebahagian ulama mengatakan bahawa hadits-hadits tersebut dipalsukan dan didustakan atas nama Nabi ﷺ. Kerana itu, tidak boleh ada seorang pun bersandar pada hadits-hadits ini.

لا‌ يحل لأ‌حد أن يعتمد عليها فيخص رجب بصيامٍ أو صلا‌ة؟ لأ‌ن ذلك بدعة وقد قال النبي صلى الله عليه وسلم : (كل بدعةٍ ضلا‌لة وكل ضلا‌لةٍ في النار)

Tidak boleh ada seorang pun bersandar pada hadits-hadits tersebut sehingga mengkhususkan berpuasa atau melaksanakan solat (tertentu) pada bulan Rajab. Sebab, hal itu adalah bid’ah. Sedangkan Nabi ﷺ telah bersabda, “Setiap bid’ah adalah kesesatan, dan setiap kesesatan itu di neraka.”

حديث أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقول إذا دخل شهر رجب: “اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنارمضان

Ada hadits yang menyebutkan bahawa dahulu apabila memasuki bulan Rajab, Nabi ﷺ berdoa, “Ya Allah, berilah barakah untuk kami pada bulan Rajab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan.”

ولكن هذا أيها الأ‌خوة وأسمعوا ما أقول هذا حديثٌ ضعيفٌ منكرٌ لا يصح عن النبي صلى الله عليه وسلم ولهذا لا‌ ينبغي للإ‌نسان أن يدعو بهذا الدعاء لأ‌نه لم يصح عن رسول الله صلى الله عليه وسلم.

Akan tetapi, hadits ini —wahai saudara-saudara, dengarkan apa yang aku ucapkan— adalah hadits lemah dan mungkar, tidak sahih dari Nabi ﷺ. Oleh kerana itu, tidak seharusnya seseorang berdoa dengan doa ini. Sebab, doa ini tidak sahih dari Rasulullah ﷺ.

إنني أقول لكم مبيناً الحق إن شهر رجب ليس له صلا‌ةٌ تخصه لا‌ في أول ليلة جمعة منه وليس له صيامٌ يخصه في أول يومٍ منه ولا‌ في بقية الأيام.

Sungguh, aku katakan kepada kalian —dalam rangka menjelaskan kebenaran— bahawa tidak ada solat khusus pada bulan Rajab, tidak ada pula puasa khusus, baik pada hari pertama mahupun pada hari-hari yang tersisa.

Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin رحمه الله berkata:

لا‌ يجوز لأ‌حدٍ أن يخصّص زماناً أو مكاناً بعبادة لم يخصّصها الله ورسوله بها لأ‌ن نحن متعبدون بشريعة الله لا‌ بأهوائنا ولا بميولنا وعواطفنا.

Seseorang tidak boleh mengkhususkan waktu atau tempat tertentu untuk melakukan ibadah yang tidak dikhususkan oleh Allah dan RasulNya padanya. Sebab, kita beribadah dengan syariat Allah, bukan dengan hawa nafsu, kecenderungan, dan perasaan kita.

إن الواجب علينا أن نقول سمعنا وأطعنا نفعل ما أمر الله به ونترك ما نهى الله عنه ولا‌ نشرّع لأ‌نفسنا عبادات لم يشرعها الله ورسوله.

Kewajiban kita ialah mengatakan bahawa kita mendengar dan taat. Kita mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan apa yang dilarang olehNya. Kita tidak boleh mensyariatkan untuk diri kita sendiri berbagai ibadah yang tidak disyariatkan oleh Allah dan RasulNya.

أيها المسلمون إن في ما جاء في كتاب الله وفي ما صح عن رسول الله صلى الله عليه وسلم من الأ‌عمال الصالحة كفايةً عما جاء في أحاديث ضعيفة أو موضوعةٍ مكذوبةٍ على رسول الله صلى الله عليه وسلم.

Wahai kaum muslimin, sungguh amalan-amalan yang ada dalam Kitabullah dan hadits-hadits yang sahih dari Rasulullah sudah mencukupi dari berbagai hal yang disebutkan dalam hadits-hadits yang lemah, palsu, atau didustakan atas nama Rasulullah ﷺ.

وإن الإ‌نسان إذا تعبّد لله بما ثبت أنه من شرع الله فقد عبد الله على بصيرة يرجو ثواب الله ويخشى عقابه.

Apabila seseorang beribadah kepada Allah dengan ibadah yang pasti bahawa itu adalah syariat Allah, sungguh ia telah beribadah kepada Allah di atas bashirah (ilmu). Dia mengharapkan pahala dari Allah dan takut akan siksaNya.

اللهم إنا نسألك أن ترزقنا علماً نافعاً وعملا‌ً صالحاً ورزقاً طيباً واسعاً وذريةً طيبةً يا رب العالمين اللهم علّمنا ما ينفعنا وأنفعنا بما علمتنا وزدنا علما يارب العالمين.

Ya Allah, kami meminta kepadaMu agar memberi kami rezeki berupa ilmu yang bermanfaat, amal yang soleh, rezeki yang baik nan luas, dan anak keturunan yang baik. Wahai Rabb semesta alam, ya Allah, ajarilah kami (ilmu) yang bermanfaat bagi kami, berilah manfaat kepada kami dengan ilmu yang Engkau ajarkan kepada kami, dan tambahkanlah ilmu kepada kami… Wahai Rabb semesta alam.

Kunjungi || http://forumsalafy.net/diantara-bidah-bidah-bulan-rajab/

WhatsApp Salafy Indonesia

WhatsApp طريق السلف
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf

posted from Bloggeroid

Tidak ada komentar:

Posting Komentar